Friday, August 31, 2018

Thursday, August 30, 2018

CERMIN



Kata Nabi Muhammad SAW,

 “Seorang yang beriman itu adalah cermin kepada saudaranya.”

Kata-kata yang ringkas tetapi memberi makna mendalam. Nabi Muhammad hanya mengibaratkan seorang muslim kepada muslim yang lain dengan objek cermin. Mesti ada sebab-sebabnya bukan?

Hmmm, ciri paling umum sesuatu cermin adalah pantulan (reflection). Apabila kita berdiri di hadapan cermin, akan wujud imej kita di cermin tersebut. Betul tak? hee Itulah yang dipanggil sebagai pantulan. Sifat pantulan inilah yang perlu ada bagi setiap orang muslim, tidak kira guru, jurujual, doktor, peguam dan lain-lain lagi.

Dan kita perhatikan pula bagaimana cermin bertugas dalam memberi pantulan (reflection) yang perlu kita tiru dan contohi:

1. Senyap - Cermin memberi reflection tanpa berkata apa-apa. Begitulah juga kita, untuk menegur, perlulah menegur secara hikmah, baik bukannya dengan cara memaki hamun, mengata, mengumpat dan sebagainya. Jika ada yang mencaci atau menjela gerak kerja dakwah kita atau teguran kita, jangan terlalu cepat melatah sahabat-sahabat...ketahuilah, sesungguhnya itulah sunnah orang berjuang...tidak lekang dek cacian dan makian...bersabarlah..La takhaf wala tahzan. Inallaha Ma'ana...!

2. Sepanjang masa – Cermin memberi reflection sepanjang masa, tidak kiralah bila-bila masa kita ke cermin tersebut, pasti cermin tersebut akan menjalankan tugasnya. Dari pagi sampailah ke pagi esoknya. 24 jam. Begitulah juga dengan kita, perlu memberi imej diri yang baik 24 jam. Dari bangun tidur hinggalah tidur semula. Bukan sejam dua sehari. Bukan sekali seminggu, mahupun dua kali sebulan. Jadilah muslim yang baik 24 jam!

3. Tidak lupa tugas - Jika kita memecahkan cermin, kita masih boleh nampak diri kita pada serpihan-serpihan cermin itu kerana perlu diingat reflection cermin sepanjang masa. Signifikannya biar dimaki hamun, dizalimi, atau dalam keadaan susah kita tetap perlu menunjukkan imej muslim yang baik. Lihatlah dan contohilah Rasulullah SAW, tatkala dicaci dan dihina dalam menyampaikan dakwah beliau tidak pernah menunjukkan sifat yang buruk bahkan tampil dengan qudwah hasanah setiap masa dan ketika sepanjang hayat baginda...

4. Tidak mengungkit - Keburukan yang terserlah hanya diberitahu semasa kita berhadapan dengan cermin. Cermin tidak akan menyimpan imej-imej buruk tersebut selepas kita beredar dari cermin tersebut. Begitulah juga dengan kita, setelah memberi teguran kepada saudara kita, haruslah kita cuba melupakan keburukan mereka. Jangan dicaci atau dihina mereka kerana mungkin mereka tidak sengaja. Sama seperti kita kadang kita tidak sengaja terpakai tudung terbaliklah, baju terbaliklah, songkok senget sikitlah dan cerminlah yang 'menegur' kita. Begitulah juga kita. Pimpinlah tangan-tangan mereka kembali menuju jalan yang diredhaiNYa...

Permata: Hmmm... mampukah kita menjadi seperti cermin?

Sunday, August 26, 2018

PROGRAM PEMUKIMAN & PEMANTAPAN KOLABORASI SERTA KERJASAMA DARI KALANGAN NGO DALAM OPS BAH Siri 1 (15 - 17 April 2018)

KAMI DARI #MAFJDT, #MAF T10, #A.D.Y FAMILY , # ANGPAN FAMILY mewakili EPANCO MALAYSIA ke Program OPS BAH siri 1 (pulai Spring Resort, Johor Bahru)


Brother Zul PPIM & Brother Awi MAFJDT


Kemeja Merah ialah Paduka Ayahanda Ariffin dan Ayahanda Fizie..



EPANCO MALAYSIA


Santai Bersama Paduka Ayahanda Ariffin EPANCO dan Ayahanda² KOTA TINGGI (25/08/2018)

❤ EPANCO Family ❤


Ayahanda Rizal, Ayahanda Sumli & Ayahanda Ariffin

KANDA BOY T10


Majlis Perkahwinan SAHABAT MAFJDT Brother Ameer dari MJ (25/08/2018)

MAFJDT Family ❤
BROTHER AMEER dari MJ

Monday, August 13, 2018

Majlis Perkahwinan Brother Sopak APMM (28/7/2018)

 MAFJDT BROTHERS & Kekanda ANGPAN Family
 MAFJDT BROTHERS
BROTHER SOPAK APMM dengan PASANGANNYA ❤

Saturday, June 9, 2018

SENARAI AHLI-AHLI MAJLIS TERTINGGI (MAFJDT)

PRESIDENT

TOK AYAH

PENGERUSI 
AYAHANDA

NAIB PENGERUSI
KEKANDA

SETIAUSAHA
ABG LONG

NAIB SETIAUSAHA
ABG NGAH

BENDAHARI
ABG NGAH @ KAK NGAH

AHLI JAWATANKUASA
ABG KAWASAN (BIRO KESELAMATAN)
ABG KAWASAN (BIRO AGAMA & KEBAJIKAN)
ABG KAWASAN (BIRO SUKAN & REKREASI)
ABG KAWASAN (BIRO MAKLUMAT & KOMUNIKASI)